Hero Tamil

dr-Rajnikanth-enthiran.jpg

Sambil membaca, marilah sama-sama mengimbas betapa merdunya suara Datuk Shiela Majid.

Politik Malaysia sekarang tak ubah macam skrip cerita Tamil yang dipopularkan oleh Rajnikanth. Tun M dah macam Padiappa dan DS Anwar Ibrahim pula Sivaji the boss. TS Muhyiddin Yassin tu siapa pula? Entahlah. Cerita kita ni terlalu ramai nak jadi hero.

TS Muhyiddin mesti tertanya bagaimana situasi beliau selepas melihat Pengerusi parti Tun Mahathir yang memecat dan berperanan besar memenjarakan Anwar tapi kini kembali membawanya kembali dekat dengan hatinya. Lebih-lebih lagi Tun M sudah berkali-kali menyisih orang kanan yang berpendapat lain dari beliau.

Musa Hitam. Ghafar Baba. Anwar Ibrahim.

Walaupun bersara, beliau sempat lagi menyisih bekas orang kanan beliau, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mengganti beliau sebagai Perdana Menteri. Bukan calang-calang Tun Mahathir sebagai seorang boss. Dah tak jadi boss pun boleh menyinkirkan bekas Timbalan beliau yang dah jadi boss.

Who’s the Boss? Lagenda betul.

mahathiriii_12112016_620_770_100

Parti baru yang ditubuh Tun Mahathir dan TS Muhyiddin Yasin ini sebenarnya tak seBERSIH seperti mereka katakan. Dari dulu lagim politik Malaysia penuh drama. Yang kalah memang sedar, masa depan mereka tak secerah seperti masa sebelum mereka bertanding untuk jawatan Presiden parti. Jadi mereka angkat kaki dan tubuh parti baru. Kalau dah ada sumber kewangan untuk mencabar Presiden untuk bertanding, buka parti politik baru bukan mahal sangat, dan para penyokong yang juga sedar setelah kekalahan ‘kuda’ yang disorak, mereka ibarat berdiri ditengah hujam thi tanpa payung.

Fenomena ini bermula sejak dari zaman Dato’ Onn Jaafar, pengasas parti yang menjadi titik permulaan bagi UMNO.

Tapi pada dasar hakikatnya percaturan politik Dato’ Onn mungkin sama dengan pemimpin-pemimpin sekarang, tapi matlamatnya, nawaitunya, jauh berbeza. Ahli UMNO biasa dulu, jauh lebih berpengetahuan dari ahli UMNO sekarang – secara am. Sekarang bekas Perdana Menteri pun tubuh parti baru.

Dulu, Tunku Abdul Rahman juga tidak berpuas hati dengan Tun Mahathir,.tapi dia masih ahli UMNO sampai nafas terakhir. Allahyarham menyuarakan pendapat beliau dengan cara yang menjadi tunggak demokrasi dan hak asasi manusia. Beliau menjadi wartawan ulung di suratkhabar The Star yang diasaskan beliau dengan pertolong Tun Mustapha.

STAR sebenarnya bermakna SUARA TUNKU ABDUL RAHMAN, dan saya amat berbangga yang ia masih berdiri hingga hari ini.

Tun Mahathir ada blog. Suratkhabar banyak yang tak melayan seruan beliau atau menulis berpihak musuh ketat beliau, Perdana Menteri yang dipilih Tun M sendiri, DS Najib Razak. Nak kesal pun tak guna, kerana bermula dengan Tun M dan DS Anwar Ibrahim (MRCB membeli Fleet Group dan Stesen TV swasta – sekarang dirangkap sebagai Media Prima) yang media Malaysia jadi Pak Sanggup. Anehnya, Pak Sanggup number one, Kadir Jasin sekarang juga menulis blog dan sering mengulas tentang kebebasan dan etika kewartawanan.

‘He is a copywriter, not a journalist’. Ya itu cuma pendapat saya. Saya juga bukan wartawan, hartawan dan rupawan. Saya cuma setiakawan.

Ramai ahli UMNO zaman kini tidak mengenali asal-usul UMNO dan perjuangan pemimpin yang merangkapkan UMNO sebagai gabungan memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Sebelum Tun Mahathir, tidak ada satu pun Perdana Menteri Malaysia yang bersikap Ultra-Malay.

Isteri pertama Tunku Abdul, Meriam Chong Abdullah, berketurunan Cina dari Thailand. Sebagai seorang muallaf, Meriam benar-benar menyelam agama barunya, Islam. Beliaulah yang memujuk Tunku Abdul Rahman untuk berpuasa di bulan Ramadhan buat kali pertama.

Aimarhum Tunku pernah berkata:

‘She was my spiritual heroine, and though we started different its her devotion to Allah and her devotion in the construction of my faith that made me feel such a great loss upon her passing’. 

Walaupun ramai yang tidak menyedarinya, PERKIM yang diasaskan Tunku untuk menjaga asasi mereka yang memeluk agama Islam, adalah tugu dihati AlMarhum untuk Meriam. Meriam memberi Tunku dua anak, Tunku Khadijah dan Tunku Ahmad Nerang. Ramai yang tidak tahu atau kenal berdua cahaya mata Tunku ini.

Sekarang kita dengar Mukhriz, Mukhriz, Mukhriz. Kalau DS Najib ada ‘First Lady’, nampak gaya di Malaysia ini ada ‘First Son’, bukan yang sulung tapi yang tak berapa rajin untuk berniaga jadi memilih politik, yang ternyata jalan paling senang untuk seorang yang bapanya pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

mahathir_bersih1_19112016_620_418_100

Itu tak boleh dinafikan. Walau nak berniaga pun tak semudah jadi ahli politik, kerana kalau diperhatikan, abangnya Mokhzani sedang disiasat menyalahgunakan informasi untuk keuntungan peribadi – atau insider trading.

Mirzan pula waktu Tun M masih Perdana Menteri lagi sudah gagal dan meninggalkan hutang yang besar. Nasib baik ada Petronas, dan lebih bernasib baik ada bapa yang melainkan Allah, tidak ada yang lebih berkuasa di syarikat petroleum itu.

Ya nasib.

Saya kalau anak Tun Mahathir pun saya akan minta tolong. Bukankah sebagai anak bila tersepit menjerit nama emak bapa?

Tunku merupakan Perdana Menteri Malaysia yang lebih kaya sebelum menjawat pangkat tertinggi wakil rakyat Malaysia. Sahabat rapatnya yang boleh diharap untuk diminta untuk menyumbang untuk negara, baikpun wang atau jasa, yang lebih kaya.

Saya percaya, ramai yang lebih mewah hidup dan kaya-raya selepas menceburi bidang politik, termasuk Tun M sendiri. tidak dinafikan gaji Perdana Menteri, dan Menteri agak besar dibandingi rakyat biasa seperti saya, dan tak perlu banyak berbelanja. Mana ada orang biasa jumpa orang politik, orang politik yang bayar bil? Jangan kata Menteri, nak jumpa Ketua Bahagian pun siaplah entertainment peringkat dewa.

Siapa yang ajar? Tepuk dada tanya selera.

Jadi untuk orang biasa seperti saya, amat aneh untuk melihat Tun M di Bersih, perkataan yang tidak wujud dalam kamu politik UMNO baru dan parti-parti UMNOsians ‘in-exile’ yang merancang untuk berkuasa kembali dari luar … dan juga membawa rangkapan ‘Free Anwar Now’didadanya, apabila hakikat yang sebenar, Anwar amat ‘free’ hingga disingkirkan Tun M. Anwar sendiri menerima. Itulah kehandalan Tun Mahathir. Dulu untuk Malaysia, tapi sekarang saya mula berasa sekarang untuk Mukhriz.

Dia kebangaan kita. Dia budayawan bangsa. Don’t do this to your father.

Saja bukan kuning dan bukan merah. Saya peronda jaket biru. Assalamualaikum.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s